Pengangguran semakin tahun semakin meningkat. Kata masani mencari kraja sangat payah. Yatah peratus urang kitani yang menanam anggur lebih banyak dibanding peratus berjual anggur (sekadar kiasan).
Baru-baru ani kami sekeluarga yang laki-lakinya memacah dinding dalam rumah kan dibasari, mau save budget yatah sendiri saja memacah. Ada jua 3 hari memacah dan membersihkan dalam rumah. Serpihan dinding tu diangkat keluar saja, menumpuk eh macam tahi dinosour tingginya.
Beberapa hari lepas, kediaku memanggil Keling untuk membuangkan batu-batuan dinding rumah yang bakas kami pacah. Pasal inda ada tampat lagi kan dibuang kecuali tampat yang jauh. Basi-basian pun jua ku suruh selajurkan buang. Tapi trak yang digunakan Keling ani cuma 18kaki. Selapanbelas kaki atu jua panuh uleh batu-batuan bata atu. Terpaksa lah bisdurang ani membuat trip 2 kali. Bayaran pun 2 kali lah jua.
Satu bayaran kana cas mula-mula $100, tawar punya tawar mau tia jua $80. Kali dua jadi $160. Nama keling ni c Islam kalau inda silap. Bekeraja sama 2 urang kawan sebangsa. Udah abis mengangkat batu-batuan ani, duduk-duduklah sekajap, ku hidangi minum aing manisan sajuk beais. Ku tanya c Islam ani, pasal kerajanya.
Dalam sebulan bisdurang dapat dalam $2500 ke $3000. Kadang limpas lah jua $3000 atu. Cara bisdurang mempromo pun inda canggih, pakai kratas itam putih saja dirakat-rakat di dinding kadai-kadai runcit. Kira untung tu $3000 dibahagi kepada 3 jadi $1000 seorang. Tapinya disebabkan trak bukan durng punya, ditolaklah $500 untuk bayaran sewa kepada empunnya trak atu, durang galar si boss, urang Melayu. Udah tah sewa durang bayar, repair trak, road tax, insuran pun durang paksa bayar. Kenapa si boss inda uruskan atu? peliknye. Tampat tinggal sewa sebanyak $500 dalam satu bulan. Pendapatan $3000 tadi tu untuk sebulan dibahagi kepada 3 ditolak sewa-sewaan, bayaran lainnya, keperluan asas seperti makan minum, hanya tinggal $500 sekepala. Atu kira pendapatan bersih satu bulan.
Pendatang asing 3 urang ani membuat $3000 atau lebih dalam sebulan dengan bekeraja mengangkat batu-batuan, membuang sampah, mengantar perabot dan sebagainya. Cuba bayangkan urang kitani sendiri yang membuat. Kira lah masih seramai 3 urang, dan tempat tinggal rumah bersama indung dan keluarga, dikira tinggal percuma indada sewa tetapi membayar sewa trak. Pendapatan untuk 3 urang ani buleh mencecah $830 sebulan. Jika sekiranya pekerja tu yang empunya trak, so bayaran sewa $500 ditolak. Anggaran pendapatan sebulan adalah $1000 sekepala. Kalau bebisnis cemani untuk beberapa tahun, tantu laku ni. Buleh dah monopoli pengangkutan trak-trak seluruh Brunei. Untung pun buleh jua basar.
Macam mana, mau tanam anggur atau jual anggur? ;)
No comments:
Post a Comment