Wednesday, March 23, 2016

Kan buka kadai makan?

Tahun lapas kediaku pernah bekeraja disebuah kadai makanan segera, kadai roti lah sebagai contoh, inda ku mau memberitahu apa kadainya, demi menjaga nama kadai atu.

Kan dijadikan cerita, aku keraja ku jadi tukang membuati dan menyediakan makanan. Kadang-kadang disuruh memasak makan untuk makan kawan seperjuangan ku. Apa lagi, masa atu tah ku menunjukkan skill ku memasak. Dari masa ani jua aku berpeluang belajar masak dari chef malaysia.

Tapi kali ani aku kan menceritakan biskita tentang untungnya membuka kadai makan. Mulanya dulu kadai tu, membuat secara kecil-kecilan saja, bejual disiring jalan raya. Advertisement melalui facebook, Instagram apa. Makanan buleh di-order melalui Whatsapp. Canggih jua masa moden ani. Ganya kadang-kadang udah beorder, kami siapkan lah makanan order atu, sekali kana kinsil, so apa buleh buat, kami ngap lah makanan atu :)

Kan menceritakan keuntungan membuka kadai makan, apa saja kadai makannya pun semua sama tu untungnya cematu. Bejual makanan ayam pun untung beribu-ribu, anikan lagi makanan manusia.

Dalam sehari penjualan ruti kami paling kurang mencapai 50 ruti. 1 ruti harga kira-kira 4 sebuting. Jadinya sehari buleh dapat $200. Tapi atu kadang-kadang saja. Alumnya ujung bulan, masa keluar gaji. Semua urang mengayas kadai ruti ani, inda beranti urang menanti. Kalau udah bilangurang keluar gaji, sehari jualan mencecah sebanyak $1500. Jualan sejumlah ani sebatah 1 minggu. Yatah dalam satu minggu atu ada jua lah sampai $10,000 jualan kami masatu.

Dalam 1 minggu jualan kira-kira $10,000, ani kira roughly sahaja. Dicampur jualan untuk satu bulan selalunya dalam lingkungan $25,000 ke $30,000. Atu jualan saja baru, lapas atu boss kami akan tolak gaji semua ada lebih kurang 10 orang, dalam $5000, ditolak perbelanjaan membali makanan, roti, keperluan asas, sewa, bayaran syarikat dan pembaik pulihan, dianggarkan dalam $10,000.

Dari $30,000 hasil jualan ditolak $15,000 perbelanjaan, so boss kami dapat untung bersih $15,000 setiap bulan. Paling kurang barangkali $10,000 hanya dangan menjual Ruti spesil.

Fuh, aku selalu mengeluh, kawan-kawan dangan ku keraja pun semuanya mengeluh, orang bawah selalunya mengeluh kerana ngalih dan bayaran yang kecil. Kalau inda mau dapat bayaran kecil, paksa tah ku apply jadi boss ni.

Jadi cemana, kan buka kadai makan?

No comments: