Aku sudah pernah menghadapi peperiksaan O level pada tahun 2008. Abis saja periksa, aku betanam anggur dalam bilik selama kurang dari sebulan. Aku mencuba nasib untuk keraja di sebuah syarikat kadai yang menjual barangan basikal, mainan dan barangan anak damit, hint saja, nama kadai inda disabut untuk menjaga diri ;) bekeraja disana selama 2 bulan saja pasalnya kediaku menyambung A level dalam ujung bulan Mac.
So dijadikan cerita, awal-awal masuk udah ku kana bagi di bahagian permainan jadi sales assistant. Permainannya macam-macam seperti, RC kereta, heli, robot dan sebagainya. Jadual keraja di sana bagi ku terlalu panjang selama 12 jam dengan bayaran gaji cuma bnd350 sebulan, tidak ada bayaran OT usulnya. Tapi masa umur 18, gaji tu kira lumayan pulang sudah, so peduli apa ku.
Jualan disana buleh tahan bah, ganya kadang-kadang macam biasa lah, betanam kacang menunggu pelanggan. Di pertangahan bulan, selalu jualan kurang. Kebanyakkan permainan dibali dalam pertengahan bulan ani adalah hadiah-hadiah hari jadi untuk ahli keluarga si pembeli. Kami tarus wrapping mainan atu ditambah bayaran charge. Ganya chargenya tu bukan untuk kediaku tapi untuk boss ku. No commision, i no like.
Jualan paling banyak semasa keluar gaji, bertahan selama dua minggu selepas gaji iaitu seminggu pada ujung bulan, dan seminggu pada awal bulan baru. Barang permainan paling murah disana kalau di average dalam bnd10, paling mahal ada jua dalam labih bnd 60. Jadi harga purata dalam bnd 40.
Hari payday udah sampai, seawal 9.45 am sudah ada pelanggan menunggu di luar kadai. Pelanggan akan berabut masuk sehingga pukul 10.00 pm. Setiap satu jam mesti ada pembelian kira-kira 5 orang. Harga barangan yang dibali dalam purata harga bnd 40.
So dalam masa satu jam sudah ada jualan bnd 200. Kadai buka selama 12 jam, so bnd 200 x 12 jam = bnd 2400. Pembelian ani selalunya berlarutan selama lebih kurang 2 minggu sampai tah urang ketuhusan usin baru beranti. So dalam masa dua minggu, jualan buleh dianggarkan sebanyak bnd 33,600. Dalam penghujung bulan dapat bnd 16,800 dan awal bulan baru jua sebanyak bnd 16,800.
Untuk jualan mainan mencapai lebih kurang bnd 16,800. Alum dicampur dengan jualan barangan basikal, dan barangan bayi. Dalam sebulan, jualan buleh mencapai anggaran bnd 60,000. Kadai ani mempunyai dua cawangan di Brunei, so di kali dua, genaplah pendapatan sebulan kira-kira bnd 120,000.
Jualan sebulan bnd 120,000 ditolak belanja sewa, gaji pekerja (15 orang di cawangan ku bekeraja = bnd 7500), pembelian mainan baru, basikal baru, so pendapatan bersih boss selalunya separuh dari jualan, kira-kira bnd 60,000 sebulan. Padan tah boss bekerita Toyota Land Cruiser, confirm ia bali cash tu.
Untungkah buka kadai mainan? Dari anggaran diatas tu macam untung pulang, tapi indakan pernah lari dari turun dan naiknya penjualan dari bulan ke bulan seterusnya.
No comments:
Post a Comment